! ♥ mulut diam tangan bekerja ♥ ! ! ♥ mulut diam tangan bekerja ♥ !

Pages

Tuesday, 4 February 2014

Kehidupan Di Universiti


Assalamualaikum !

Hello! Lama dah Myra tak update blog. Busy sangat agaknya sampai tak ter'update'. HAHA. Actually, tak busy mana pon. Poyo je lebih ean. HAHA. Oleh hal demikian, Myra ade story morry ni ;) *Ayat sendiri*. 
Pada 4/2/2014, Myra ingin bercerita mengenai pembelajaran dan persekitaran di UTM KL ni. Ohh ye! Sebelum tuu....

  •     Happy New Year!
  •     Happy Chinesse New Year!
  •     Happy Back To School! 


Raya Cina laa maksudya tu yee. Hehe. Gambar amek kat pak Google jee. Takde gmbr sendiri. Tapi real jugak kan. Oke lah tuu :) Ok! Jom dengar myra bercerita. Duduk-duduk!

Sekarang ni Myra dah sem 2. Hampir final *tak study lg :/ Pembelajaran kat sni memang laa susah tapi nmpk senang. Mcm mna tu ye? Ok mcm ni. kitorang hanya belajar utk berapa bulan dan siapkan bekalan utk Final! Nmpk tak? Kita bandingkn zaman sekolah dlu yee, dulu kita belajar dan sediakan 'peluru' utk SPM 2 tahun, utk PMR 3 tahun, utk UPSR 6 tahun. Tapi Universiti, hanya beberapa bulan. Anggaran dalam 6 bulan sahaja. Matapelajaran pula, bukan semua yg kita pernah belajar. Tapi, byk yg baru dan lebih susah tarafnya. 
Itu antara kesusahannya.

Kelebihannya pula, kalau anda berbaik dan hormat pensyarah, atas budi baik dia, mungkin anda dapat markah tambahan. Kalau kat sekolah takde. Tambahan pula, soalan Final pensyarah sndiri yang buat. Kesimpulannya, mana topik atau subtopik yg ditekankan lebih oleh pensyarah, kemungkinan beasar keluar Final. Haa.. Lepastu, kalau sekolah dlu, 100% markah peperiksaan utk lulus kn? Tapi, keunikan di Universiti, anda dapat markah pertolongan yang digelar oleh mahasiswa sbgi 'Carry Mark'. Dimana, 50% Carry mark, 50% Final. Dari situ, kita boleh lebih focus utk carry mark. Mcm assignment, kuiz, presentation, dan sbgainya bergantung kpd kreativiti pensyarah. kalau korang dapat carry mark above 45, kemungkinan besar korang dah boleh capai A utk subjek tersebut. TAPI ! kena pastikan juga Final korang score :). Lagi? Mesti laa ade lagi. Kalau sekolah dlu, dari pagi smpai petang kn? tapi kat Universiti, satu hari tu cuma ade 2,3 kelas je. 1 kelas= 2 jam. tak lama pon. korang lebih byk masa lapang. Trust me ;) Korang akan lebih selesa di University. HAHA. Tapi korang kena bahagikan masa dgn bijak. SEBAB, kat University, Pensyarah, Fellow, kawan2 anda, takkn paksa anda utk belajar, buat kerja rumah, buat revision. Sebab itu ramai yang gagal dan ditendang keluar. 

Ingat! Bila kita menjejak kan kaki di Universiti, itu barulah permulaan utk kita berjaya. Bukan kita dah berjaya! Cemerlang dlm SPM pula, hanya TICKET utk kita masuk Universiti. Harap korang faham. Renung-renungkan lah apa yang Myra berceloteh tu yee :) Bukan utk sesapa, utk kita jugak. Bila kita berjaya, bukan cikgu, bukan pensyarah bukan ibu bapa yg dapat nama, tapi kita sendiri ^_^

Mereka hanya boleh beri sokongan, dorongan, pertolongan je, selebihnya, atas diri kita sendiri. Sama ada kita nak usaha lebih atau goyang kaki. Sama ada kita pilih utk jadi rajin atau malas. Sama ada kita pilih utk senang dahulu atau senang kemudian. 

Bersedialah dari awal, jangan tangguhkan kerja yang telah diberikan, jangan buat kerja 'last minute', jgn sampai 'culture shock' bila dah masuk Universiti. Sentiasa dengar nasihat org yg sudah berpengalaman dan diiktiraf. 

Wahh. panjang nye karangan saya. Cikgu bahasa Melayu mesti pening nak baca. HAHA. Anyways, good luck korang, sesama kita doa utk kejayaan kita di dunia dan akhirat ok :) Doakan Myra utk mencapai DEAN LIST utk sem ni yee. THANKS ^^ xoxo :*

Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ke tepian,
Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang kemudian.


♥ Terima Kasih Sudi Baca Entry Myra Sayang ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...